18 October 2016

SABAH BAH!

Sabah 4 hari 3 malam.
8 orang.
September 2016.

Day 1.
Kami bertolak dari KLIA 2 ke Kota Kinabalu pada pukul 8 pagi dan sampai ke destinasi lebih kurang pukul 1030 pagi waktu Malaysia (bila sampai Sabah rasa macam pergi oversea)
Setibanya kami di Sabah kami terus menaiki kenderaan yang telah disewa terus menuju ke destinasi yang ingin dituju iaitu Kundasang!
Dalam perjalanan ke Kundasang kami singgah di Pasar Filipin untuk membeli keropok, kuih cincin dan kopi 3 in 1 kerana perjalanan memakan masa sehingga 2 jam!
So setibanya kami di Kundasang tanpa berlengah atau membuang masa kami terus check in di Midori Homestay (recommended)


Selepas kami check in, seperti biasa kami akan berborak dan bergelak ketawa tanpa tersedar yang perut dah berbunyi, maklumlah tak makan dari pagi dan destinasi makan yang pertama kami singgah di restoran H.Benjamin Residence!
Selain dari makanan yang puas hati di HB (menu yang puas hati makan kat situ mee hailam) lepas makan boleh la mula merasa kedinginan angin di kundasang dan boleh juga melihat view yang agak menarik dan cantik disini. Boleh start gambar posing atau lompat dari sini.
Tapi kalau kami, kami pilih untuk lompat!


(Sumber Google)

Baiklah, selepas puas dapat melihat keindahan, menghirup udara yang segar serta perut pun dah kenyang kami pun bergerak tanpa arah tuju. Tujuan sebenarnya adalah nak pegi ke desa Dairy Farm tapi ada sesuatu terjadi semasa perjalanan ke situ. Kami melalui sebuah jambatan di situ dan ia telah menarik perhatian kami jadi kami telah sepakat untuk behenti di tepi jalan dan mengambil gambar di jambatan itu.


Kami terpaksa mengambil gambar dengan sepantas kilat kerana ini merupakan jambatan utama penduduk disini gunakan.
Setelah masing masing puas hati dapat bergambar dijambatan ini, kami pun menuju ke Desa Cattle Dairy Farm.
Tapi malangnya sewaktu kami tiba disana, jam sudah menunjukkan pukul 4.30 petang waktu Malaysia. Desa Cattle Dairy Farm dibuka pada pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang jadi tiada aktiviti yang dapat kami lakukan disitu, jadi kami memilih untuk lepak didepan pintu masuk.
Disitu kami melihat lembu lembu sedang bersukan dan giat berlatih untuk sukan olimpik (merepek)
                                                   


Oleh kerana tiada arah tuju, jadi kami pergi ke pekan Kundasang. Di pekan Kundasang pada waktu itu ada pasar malam, jadi kami singgah la disitu. Pasar malam di Kundasang lebih kurang seperti di semenanjung ada jual makanan, ada jual mainan dan ada juga jual pakaian bundle. Jadi jika plan nak stay lama dekat Kundasang jangan lupa bawak sweater, kalau lupa jugak boleh la beli dekat pasar malam harga dari serendah RM5.

view dari pasar malam

Hari pun dah nak lewat malam, kami pun pulang ke homestay untuk rehat, mandi, solat serta bersiap untuk dinner!
Kami keluar pada pukul 8 malam, waktu itu hujan renyai mula turun dan dalam perjalanan ke destinasi terdapat kesukaran yang kami perlu tempuh. Selain dari hujan renyai, berkabus serta tiada lampu jalan membuatkan kami menghadapi kesukaran untuk sampai ke destinasi, namun berkat kesabaran serta kerjasama kami sampai juga ke destinasi.
Selesai makan malam, dengan masing masing dah merepek kami pulang ke homestay. Tanpa membuang masa masing masing pantas melelapkan mata sebab letih dari pagi tak tidur. Pada waktu malam di Kundasang suhu boleh mencecah sehingga 16 ke 15 darjah celcius.

DAY 2
*bunyi ayam di Midori Homestay*
Pukul 5 pagi langit mula kelihatan cerah, dan pagi pertama di Kundasang membuat kami terasa agak berat sedikit nak bangun dari tidur. Tapi kalau bangun lambat maka percutian itu hanyalah sia sia.
Jadi dari homestay kami, terdapat beberapa gerai menjual makanan breakfast, ada yang jual nasi lemak, nasi goreng dan juga terdapat kuih muih tempatan.
Selepas masing masing selesai breakfast, kami menuju ke aktiviti kami yang pertama iaitu Poring Hot Spring di Ranau, perjalanan dari homestay ke Poring Hot spring memakan masa 1 jam 30 minit. Poring Hot Spring dibuka setiap hari, manakala tiket hendak masuk ialah RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk 18 tahun ke bawah.

(sumber google)



Jika masih terasa sejuk ke menginap di Kundasang, maka disini tempat paling sesuai untuk menghangatkan badan.
Terdapat banyak kolam yang boleh anda pilih untuk berendam disamping dapat relax kan badan yang letih serta lesu. Untuk pengetahuan, Poring Hot Spring ini juga dikenali kerana air panasnya mempunyai galian sulfur yang boleh menyegarkan badan.
Selain dari kolam air panas, terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan disini, antaranya ialah canopy walk. Jika anda seorang yang gemuruh atau lemah jantung tidak digalakkan melakukan aktiviti ini.
Jika anda tidak mempunyai masalah tersebut maka tiada masalah untuk melakukan aktiviti ini.
Sebelum masuk ke canopy walk, anda akan di caj RM5 untuk kamera dan RM10 untuk mengambil video disini.
Selain itu, terdapat Taman rama-rama, Pusat pemuliharaan Poring Orkid, Taman Tropika, dan Tapak bunga Rafflesia disini.
Matahari dah mencanak naik tinggi, perut pun dah lapar, dari simpang masuk Poring Hot Spring didepan itu terdapat beberapa gerai, jadi kami singgah makan disitu dan terus ke destinasi seterusnya iaitu Fish Spa Kg. Luanti. Nama lain bagi tempat ini ialah Tagal Sg. Moroli.

(sumber google)
                                                                       (sumber google) 


Nak masuk ke Fish Spa ini dikenakan bayaran sebanyak RM5 untuk 13 tahun ke atas untuk 15 minit (cakap je 15 minit tapi rasa macam 30 minit pun ada) dan RM10 untuk sesi bermandi manda bersama ikan ikan disitu.
Disini secara tiba-tiba anda akan takut pada ikan. Kami mengambil masa yang agak lama untuk rendam kaki, maklumlah ikan disini akan makan sel kulit mati yang ada pada kaki kita. Percubaan demi percubaan ada yang antara kami berjaya rendam kaki dan ada yang duduk ditepi ketakutan digigit ikan. Setelah menunggu dalam 20-30 minit barulah kedengaran nombor giliran kami untuk keluar dari Fish Spa tersebut.
Destinasi seterusnya bersebelahan sahaja dengan Fish Spa iaitu Sabah Tea Garden!


Selepas penat bergurau senda dengan ikan (malangnya tiada ikan duyung) kami meneruskan aktiviti ke Sabah Tea Garden. Sedikit info tentang ladang teh ini, Keluasan Sabah Tea Garden ini 6000 ekar luas yang juga dikeliling oleh hutan hujan tropika yang kaya dengan tumbuhan dan haiwan yang unik. Tapi cuma 1000 ekar sahaja yang diperuntukkan untuk aktiviti penanaman teh. Teh di sini ditanam secara organik dan tak guna bahan kimia atau racun perosak. FYI, Sabah Tea Garden merupakan satu-satunya ladang teh organik yang terdapat diseluruh kepulauan Borneo.
Tekak kering? boleh la minum teh sambil melihat keindahan ladang teh yang penuh kehijauan ini di Sabah Tea Restaurant and Tea Shop yang baru dibuka.




Selesai dengan Poring Hot Spring, Fish Spa dan Sabah Tea Garden, kami menuju pulang ke Kundasang pada sebelah petang. Dalam perjalanan pulang ke Kundasang kami terjumpa penuh dengan gerai ditepi jalan menjual Durian dan pelbagai jenis buah buahan tempatan. Mungkin waktu itu musim durian, mungkin ini rezeki kami dapat merasa durian di Sabah.
Sama je dengan durian di semenanjung, cuma satu durian disini tidak terdapat di semenanjung iaitu durian merah.




Selesai mengisi perut dengan kelazatan buah durian, kami meneruskan perjalanan pulang ke Homestay di Kundasang, Jam menunjukkan pukul 7 malam dan langit dah sepenuhnya gelap. Sebelum pulang ke Homestay kami singgah di pekan Kundasang untuk menikmati makan malam. Kerana keadaann malam yang berkabus dan berisiko di area Homestay kami, maka pada hari ini kami sepakat untuk singgah makan malam dulu. Kami singgah di Intan corner. Di sini terdapat gerai menjual chicken wings (akan teringat sehingga ke semenanjung)
Selesai makan malam, kami pulang ke Homestay kami, Midori Homestay!
Balik Homestay, mandi, solat, menonton tv bersama-sama dan 1 2 3 tidur!

DAY 3
*bunyi ayam tercekik di Homestay*
Hari ke 3 dan hari terakhir kami di Kundasang, pagi ini agak gempak semua bangun awal dan tak sabar nak explore kawasan di sekitar Homestay kami tinggal.
Kami memulakan morning walk seawal pukul 530pagi. Mungkin orang disemenanjung masih lagi dibuai mimpi. Dari Homestay kami dapat melihat jelas gunung kinabalu tersergam indah di atas sana. Pagi kami memulakan morning walk sudah ada cabaran yang menanti, kelihatan jalan yang ingin kami lalui tersebut terdapat beberapa ekor anjing sedang menyalak menakutkan kami, namun mujur ada tuan kepada anjing tersebut yang menyuruh kami berjalan bersahaja dan jangan berlari.
Selapas dengan cabaran anjing tersebut kami melalui satu jambatan gantung.



Selepas melalui jambatan gantung kami meneruskan morning walk kami, sampai di satu point, ambil gambar, sehinggalah memakan masa 10 ke 15 minit untuk tiba di atas, setibanya di atas terdapat pelbagai jenis kebun dan tanaman penduduk tempatan. Rasa sungguh seronok dapat menghirup udara yang sangat segar di sini. Dalam perjalanan itu juga terdapat anjing yang menjaga kebun tidak henti menyalak, namun anjing tersebut tidak pun mengejar cuma mengertak.
Agak puas hati morning walk disini kerana kami dapat view yang agak lain dari lain.







Setelah selesai dengan morning walk, sebelum kami pulang ke Homestay, kami sekali lagi membeli di gerai sekitar Homestay. Penduduk di sini sangat ramah dan tidak sombong untuk memberi senyuman. Selesai makan, mandi dan berkemas, Kami akhirnya check out dari Homestay tersebut, ia meninggalkan kesan mendalam dalam hidup kami selepas beberapa hari seronok tinggal di situ.
Destinasi kami tuju selepas check out dari Homestay ialah Desa Cattle Dairy Farm!
Tidak berapa jauh dari Homestay kami cuma 5-8 minit sahaja untuk sampai di sini.
Kami pergi ke Dairy Farm ini pada hari sabtu, maka tidak hairanlah dah ramai orang di sini.
Untuk masuk ke Desa Cattle dairy Farm ini dikenakan bayaran sebanyak RM5 seorang. Dengan suhu sejuk dan pemandangan Gunung Kinabalu, Desa Dairy Farm ini menjadi tempat wajib singgah untuk orang yang pertama kali menjejakkan kaki di Sabah






Nama pun Desa Cattle Dairy Farm, so aktiviti kat sini banyak berkaitan dengan lembu dan kambing.
Antara aktiviti tersebut, anda boleh pergi ke kandang lembu/kambing untuk beri mereka makan rumput. Seikat rumput dicaj dengan harga RM1, manakala kalau nak bagi susu kat lembu anda akan dicaj RM2 sebotol susu. Kalau rasa tak nak beli rumput tu, awal awal letak rumput dalam handbag sebelum masuk ke Dairy Farm (Idea Gila)



Lepas bagi lembu/kambing makan/minum, Kami pun rasa nak minum, So di situ dijual susu lembu yang sangat fresh berperisa original, coklat dan perisa terbaru kopi. Selesai minum susu atau pun nak tapau pun boleh, mulakan la aktiviti bergambar anda disitu.




Dari Desa Cattle Dairy Farm kami meneruskan perjalanan ke Kinabalu Park! Memakan masa mungkin dalam 30 minit dari Dairy Farm.
Kami tiba di Kinabalu Park pada waktu tengahari, keadaan di situ sudah dilitupi awan dan nampak mendung je kat situ.
Selain dari merasa kedinginan udara di Kinabalu Park ini, anda boleh lepak, menghirup udara segar serta dapat melihat pendaki-pendaki yang baru turun setelah berjaya menyelesaikan misi menawan puncak Gunung Kinabalu ini.
Kami dibenarkan mengambil gambar di luar dari pintu menuju ke Gunung Kinabalu, di situ secara tiba-tiba kami mengambil gambar kononnya baru turun dari puncak!



Tamat kisah di Kinabalu Park, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota Kinabalu! Dalam perjalanan yang mengambil masa 1 jam 30 minit ini, kami singgah makan tengahari di Berungis Cafe Tuaran Sabah.
Setibanya kami di KK, kami menginap selama semalaman di Marina Court Resort Condominium.
Selepas kami berehat, solat serta menenangkan fikiran, destinasi di petang hari kami singgah di pantai Tanjung Aru!
Di pantai Tanjung Aru pada waktu itu agak ramai juga mungkin sebab weekend, rupanya ramai yang bermain Pokemon Go (waktu tu pokemon still top) kami tidak lepaskan peluang untuk mengambil beberapa gambar sunset di Tanjung Aru.
Selain boleh tengok matahari terbenam, di situ terdapat food court, so boleh la lepak sambil minum air kelapa, makan satay dan macam macam la.



Tengok Sunset dah, Minum air kelapa dah, seterusnya kami ke lokasi yang kurang famous iaitu Signal Hill Observatory Tower.
Semasa di Signal Hill kami boleh melihat sekitar bandar KK yang kurang sesak trafiknya berbanding di Ibu kota Kuala Lumpur.



Selepas 15 minit di Signal Hill kami singgah di Pasar Malam Sinsuran, lebih kurang macam uptown.
Di Pasar Malam Sinsuran ada menjual barang kraftangan, fridge magnet, baju-baju made in sabah dan pelbagai lagi.
Selesai membeli cenderahati macam biasalah, perut pun dah lapar, bak kata orang kalau datang ke KK tak makan seafood rugi, so kami pun singgah di Welcome Seafood Restaurant, kurang famous dari seafood di pasar filipin tapi di sini harganya lebih berpatutan dari seafood di pasar filipin. Permulaan kedai Welcome Seafood Restaurant ni untuk golongan cina atau bukan islam, di hujung restaurant ini baru menyediakan seafood untuk muslim. Harap dapat mencari dengan betul.





Selesai makan malam, Kami pulang ke Condo, untuk mandi, berehat dan bunyi katil kuat memanggil kami untuk tidur.

DAY 4
*bunyi ayam batuk di KK*
Selamat pagi Kota Kinabalu, sedar tak sedar harini merupakan hari terakhir kami di KK, sementara menunggu flight pulang di waktu malam, kami sempat pegi ke beberapa tempat di KK.
Aktiviti pertama di hari terakhir is Snorkeling!
Kami bergerak dari Condo ke Jesselton Point Jetty pada pukul 8 pagi. setibanya kami di sana ramai orang dah mula membanjiri kaunter tiket. Suasana di kaunter tiket agak kelam kabut kerana setiap kaunter akan cuba memberi perkhidmatan terbaik mereka. Oleh kerana kami kesuntukkan masa jadi kami sempat pergi ke satu pulau sahaja iaitu Pulau Sapi.
Kami menaiki bot dari jetty ke Pulau Sapi lebih kurang 10 ke 15 minit (hentam). Setibanya kami di Pulau Sapi kami agak teruja melihat kecantikan dan keindahan di situ, Kami pun memulakan aktiviti Snorkeling di situ.







Oleh kerana kami perlu check out dari condo pada pukul 12, maka kami bergerak dari Pulau Sapi ke Jeti Jesselton pada pukul 11. Selain dari Pulau Sapi anda boleh pergi ke 2 lagi pulau iaitu Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.


Selesai check out dari condo, kami meneruskan sisa baki masa yang ada di KK dengan pergi lunch dulu! Kami makan lunch di sekitar bandar KK, terdapat banyak kedai makan kat situ, pilih la mana kena dengan selera.
Selesai lunch kami sekali lagi pergi ke Pasar Filipin. Dekat Pasar Filipin ini anda boleh beli ikan bilis (dorang cakap murah, saya tak tahu hal ini) cenderahati, kraftangan, mungkin kaum wanita lebih berminat nak bershoping di sini. Selain itu, terdapat juga pasar basah tidak jauh dari situ, So kami sepakat untuk membeli udang harimau sebanyak 5KG! Waktu terbaik untuk datang ke pasar basah ialah waktu pagi. Di sini mereka menawarkan packaging untuk barang basah seberat 5kg dan ke atas. Setiap packaging akan dicaj RM25. Malangnya udang yang saya cari tiada. Saya mencari udang harimau bintang namun tiada rezeki.


Oleh kerana tiada arah tuju, kami pun menuju ke Shangri-La Hotel, kami masuk dengan selamber seperti kami merupakan guest di resort ini dan terus menuju ke arah ke belakang hotel ini, Di belakang Shangri- La ini anda boleh melihat pantai Tanjung Aru.
Jika di Kundasang kami seperti tiada masa, tapi di KK banyak masa terluang untuk kami buang sementara menunggu flight.




Hari demi hari, waktu demi waktu, saat demi saat tanpa tersedar kami dah pun nak pulang ke Kuala Lumpur. Flight kami seperti yang dijadualkan pada pukul 9 malam tapi terpaksa delay 1 jam mungkin kerana faktor cuaca. Tepat pukul 10 malam kami menaiki pesawat dan pulang ke Kuala Lumpur.

Bye Sabah. Till we meet again. Surely will repeat balik ke Sabah, dan lepas ni mungkin misi menawan puncak Gunung Kinabalu.


Harap sedikit sebanyak blog ini dapat membantu anda travel ke sabah. Mungkin anda boleh explore ke tempat lain yang lebih menarik?

Next trip? On December!


No comments:

Post a Comment